Thursday, December 11, 2014

SUMBANGAN KAMI UNTUK MEMBERI PENJELASAN MENGENAI TAMADUN CHINA




















Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan kerjasama dalam menjayakan projek kami..Kami sangat berterima kasih kepada senior dan rakan-rakan yang memberi peluang kepada kami dalam menjayakan projek TITAS ini......

INTERVIEW 2 BERSAMA RAKAN BERBANGSA CINA

INTERVIEW ILMU DAN PENDIDIKAN TAMADUN CHINA

  • ·         Berdasarkan temu ramah yang dijalankan,kaum cina di Malaysia hanya mengetahui sedikit mengenai cara pendidikan tamadun China

  • ·         Mereka menerangkan mengenai ajaran confuzi dan hanya mengetahui sedikit berkaitan dengannya

  • ·         Melalui itu,saya dapat mengetahui bahawa mereka tidak mendalami sejarah nenek dan moyang mereka

  • ·         Hal ini kerana,mereka hanya mengetahui sedikit berdasarkan mata pelajaran sejarah yang mereka pelajari dari sekolah dan ibu bapa mereka sama sekali tidak menyentuh hal ini kepada generasi lebih  muda

  • ·         Maka saya terfikir bahawa,dimana pun kita berada sama ada di negara sendiri atau di negara asing,kita mesti mengetahui asal usul kita dan nenek moyang kita

  • ·         Kita juga perlu mengetahui sejarah bangsa kita dengan lebih mendalam dan lebih daripada bangsa lain agar sejarah bangsa dan negara kita sentiasa dipelihara dan tidak diputar belitkan

  • ·          Sebagai ibu bapa pula,kita perlu mengetahui sejarah silam asal usul agar apabila generasi muda menyoal kita mengenai sejarah kita,kita boleh bercerita kepada mereka


VIDEO TAMADUN CHINA

Contoh video ringkasan yang boleh anda tontoni untuk lebih mendalami mengenai tamadun china. sedikit perkongsiaan yang mampu kami berikan berdasarkan apa yang kami pelajari. video ini telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Taylor untuk pelajaran TITAS.

Wednesday, December 10, 2014

INTERVIEW


PERJALANAN PROJEK KAMI


BUKU TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Sistem Etika dan orentasi nilai.
-          Banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfucius yang memberi penekanan terhadap unsur moral dan etika yang tinggi. Kelas masyarakat yang wujud dalam tamadun China.

 Focus kepada cerdik pandai merupakan golongan pemerintah atau elit. Mereka boleh dibezakan dengan orang kebanyakan melalui cara pemakaian dan penampilan. Golongan cerdik pandai memakai pakaian dibuat daripada sutera yang berkualiti dan mendapat pendidikan yang sempurna serta kebiasaannya memegang jawatan sebagai pegawai kerajaan, mereka diwajibkan menduduki peperiksaan yang dikenali sebagai peperiksaan awam. Golongan cerdik pandai sentiasa dirujuk sekiranya mereka mempunyai masalah. Walaubagaimanapun, pada zaman sekarang, semua rakyat China telah diberi hak yang sama rata untuk memperoleh pendidikan yang sempurna.

Ilmu kesenian dari China.
Kaligrafi Cina merupakan seni yang menggunakan berus Cina. Kaligrafi ini telah digunakan 4,000 tahun dalam penulisan dan menjadi kebanggaan masyarakat Cina pada hari ini. Dari segi teknikal, kaligrafi Cina ini bergantung kepada kemahiran dan imiginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garisan yang menarik lalu mengubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Ukiran kayu juga merupakan kebanggaan orang cina sehingga hari ini. Ukiran tersebut sama ada berbentuk tulisan untuk hiasan pada dinding atau ukiran yang dibuat pada tiang-tiang pada bahagian tertentu bangunan. Bangunan cina tradisional juga dibina melalui penebukan lubang dan dicantum dengan rapid an kukuh tanpa menggunakan paku atau pengikat. Kesenian ini amat menakjubkan yang terdapat pada bangunan Dagoda, Pagoda, Pavillion, Stupa dan lain-lain lagi. Manakala seni mempertahankan diri seperti Kung Fu telah menjadi satu aktiviti untuk kecergasan badan dan mempertahankan diri sehingga hari ini (Ahmad Zaki et, al, 2009).
Pemiiran muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam lagenda. Dalam bab “Yeu ji” (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan.
Buddhisme
-          Pengasas ialah Siddhartha Gautama dikenali sebagai Gautama Buddha oleh pengikutnya.
-          Dibawa masuk oleh Fa Hsien tahun 399 SM.
-          Ajaran Buddha banyak menekan aspek :
(a)    Lebih berbentuk ajaran falsafah kerana tidak menekankan konsep ketuhanan dan persoalan ghaib.
(b)   Setiap penganutnya diwajibkan menjalani kehidupan sebagai sami untuk satu tempoh tertentu dan mereka tidak dibenarkan berkahwin, serta menjalani kehidupan sebagai seorang fakir.
(c)    Penganutnya yang mempunyai masalah yang dapat diselesaikan digalakkan pergi di kuil, dan menjadi sami atau rahib bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Mo-Tzi
-          Berkembang pada zaman dinasti Chou.
-          Pada 500-420 sebelum masihi.
-          Kebanyakan ajarannya dicatatkan dalam bentuk esei dan dialog, berbanding dengan ajaran Konfucius yang dibuat dalam bentuk analects
(a)    Beliau menitik beratkan cinta sejagat tetpi mengabaikankan hubungan kekeluargaan dan kedudukan. Seseorang itu sepatutnya menyayangi korang lain seperti menyayangi diri sendiri.
(b)   Melarang hidup mewah, tidak membazir dan menyarankan kesederhanaan dalam kehidupan.
(c)    Menentang upacara pengebumian yang dijalankan secara besar-besaran. Upacara berkabung selama tiga tahun juga tidak harus dijalankan kerana boleh melemahka produktiviti msayrakat.
(d)   Mo-Tzi melarang perkembangan muzik kerana beliau beranggapan bahawa muzik boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja dan tidak dapat memelihara negara.
(e)   Menentang peraturan sistem pewarisan takhta kerajaan. Menurut ajaran ini, sesiapa sahaja yang berkelayakan harus diberi peluang memegang sesuatu jawatan.
(f)     Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak bawa aa-apa faedah, sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda.
(g)    Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan.

Legalisme (Fa Jai)
-          Dihasilkan oleh Hsun-Tzu (300-237 Sebelum Masihi).
-          Beliau dikenali jua sebagai Xun Zi, merupakan anak didik Konfucius yang akhirnya membawa ajaran yang bertentangan dengan ajaran Konfucius yang dianutinya.
-          Menurutnya, manusia secara asas bersifat jahat dan manusia perlu melihat diri mereka sendiri.
-          Falsafah ini, pemerintahannya perlu dijalankan berdasarkan undang-undang ketat.
-          Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme.
-          Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang.
-          Suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mementingkan penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan kerana dengan cara itu, ia dapat menjamin kesstabilan dan keamanan negara.
-          Menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan.
-          Raja mempunyai kuasa dalam memberi arahan kepada menteri dan pegawai bawahnya.

Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;
-          Tahap pendidikan:  Kaedah pembelajaran
Sekolah rendah= Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
Sekolah menengah= Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi= Memperterjemah buku suci
Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;
a)      Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik.
b)      Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali.
c)       Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali.
Pengendalian peperiksaan awam;
a.       Diadakan dengan ketat.
b.      Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c.       Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
d.      Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.

Nilai-nilai dalam bidang pendidikan
Berasarkan kefahaman masyarakat Cina, suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan seorang yang beradap dan bersopan.  Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat –adat semasa  kelahiran, upacara perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain.  Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya.  Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.

b.         Bahasa dan Kesusasteraan
Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang – orang Cina  banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat.
Dalam tradisi kesusasteraan Cina,  bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina Klasik (wenyen). Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera yang hebat yang ditulis dalam bahasa Cina.

c.         Kesenian dan kaligrafi
Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini. Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.

d.         Kesenian Seramik
Seramik dan tembikar juga merupakan  seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun  merujuk tembikar sebagai “China”.
Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:
1-     Seramik Seladon(celadonware)yang berasal dari Dinasti Sung.
2-     Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.
Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China.
Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat.
Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina.

Perkembangan ilmu sains dan teknologi
Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat.
Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah:
a.     Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman.
b. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah
buku-buku dalam jumlah yang besar.
c.     Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan orang-orang  Cina yang digunakan hingga kini.
d.    Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula  luas. Pembinaan semula Tembok Besar  China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara.
e.     Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan.
f.     Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera.

g.    Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan  meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut tersebut. 

SUSUN LAPIS MASYARAKAT TAMADUN CHINA